Saturday, 4 June 2011

Artikel Ramalan Hari Kiamat Oleh Org2 Barat

Pengenalan

     Kita digemparkan dgn ramalan kiamat pd tahun 2012, mengikut kalendar Mayan, mrka menggambarkan kemusnahan dunia pd tahun yg sama. Tetapi mengapa kita perlu resah dgn segala propaganda Barat ini ?

Ramalan Demi Ramalan

     Kegelisahan ini mula timbul setelah ramalan ini digembar-gemburkan oleh pihak Barat. Situasi menjadi lebih tegang apabila kehadiran filem '2012' yg menunujukkan saat kehancuran segenap pelosok dunia. Persoalannya, benarkah kiamat akan tiba pd 21/12/2012 ?

Kiamat 2012 ?

     Mengikut ramalan tersebut, tarikh 21/12/2012 akan jatuh pd pertengahan bulan Ramadhan dan hari Jumaat. Maka di sini dilihat betapa kononnya kiamat akan menjelang pd tarikh tersebut. Seberapa pastikah kita terhadap ramalan itu ? Secara teknikalnya, seakan ada kebenaran yg terselit, namun secara hakikatnya sebagai Muslim kita harus kembali kpd fitrah.

Menginsafi Diri Dgn Tanda2 Kiamat

     Secara harfiahnya, sebagai Muslim yg bertunjangkan akidah Islam, beriman pd Hari Kiamat merupakan Rukun Iman yg wajib kita imani. Tidak dpt kita sangkal lg tanda2 hari kiamat sudah terlalu banyak muncul.

  1. Perempuan lebih ramai berbanding lelaki.
  2. Peperangan demi peperangan berlaku.
  3. Ahli ibadat yg jahil dan ulama yg fasiq.
  4. Masa menjadi singkat.
  5. Munculnya galian2 bumi.
  6. Ulama tidak dipedulikan.
  7. Perempuan berpakaian tetapi telanjang.
  8. Banyak bangunan pencakar langit.
  9. Gempa bumi yg kerap.
  10. Gerhana.
     Sebenarnya masih banyak lg tanda2 besar dan kecil akhir zaman yg tidak mampu disenaraikan krn kemunculannya yg terlalu ketara dan umat Islam sendiri sudah mampu untuk menilai keadaan dunia pd masa kini.

     Tidak akan ada sesuatu yg akan kekal selama-lamanya kecuali Allah. Kita meyakini akan wujudnya hari pembalasan, iaitu Hari Kiamat. Hari Kiamat itu pasti dan akan terjadi. Maka, segala tribulasi tentang persoalan 2012 itu harus diimbang secara hati2 krn sesungguhnya itu bakal menggugat akidah Muslim.

Taktik Barat

     Barat mengetahui bahawa mrka tidak boleh beroleh kemenangan jika menggempur umat Islam dgn senjata. Lalu, jarum halus ditusuk pd pemikiran melalui ideologi karut-marut yg di bawa seperti liberalisme yg mengaplikasikan hukum agama secara membuta tuli.

     2012 adlh strategi Barat untuk mencetuskan global panik dlm diri manusia, khususnya umat Islam. Setelah dipadatkan minda dgn kehadiran filem'2012' yg ditayangkan di seluruh pawagam dunia, kegelisahan dan kebimbangan warga dunia menular tentang penghujung dunia. Maka secara tidak langsung, kebergantungan pd Allah terhakis hari demi hari krn terlalu mempercayai akan ramalan tersebut.

     Di sini jelas menunjukkan peribadi Muslim itu dicemari secara tidak kita sedari. Tidak hairan jika ramai manusia mengagungkan 'kuasa' penentuan yg ada pd manusia berbanding Allah yg sememangnya berkuasa menentukan segala apa yg  berlaku di dunia. Apabila hilangnya kebergantungan pd Allah, maka akidah Muslim pincang, retaklah kekuatan iman, maka runtuhlah kegemilangan Islam. Barat amat takut umat Islam bersatu hati dlm perjuangan seakidah, jadi mrka menyalurkan ideologi tersebut agar perpecahan dpt berlaku.

     Contoh paling mudah, antara cabang lain dlm liberalisme adlh hedonisme. Hedonisme adlh budaya mengagungkan hiburan secara melampau. Secara telusnya kita melihat betapa hebatnya rancangan realiti televisyen yg menyebabkan hampir semua lapisan masyarakat menghabiskan waktu dgn duduk di hadapan televisyen. Bukan itu sahaja, mrka malah berbincang dan berbicara pula tentang si polan dan si polan itu. Di sini kebobrokan yg melanda secara sulit telah menyebabkan kebejatan akidah umat Islam begitu ketara. Kita mungkin terlepas pandang isu sebegini dan menganggap ianya fenomena sementara, tetapi sebenarnya kesannya berpanjangan.

2012 Dan Kesudahannya

     Diberi analogi mudah-jika setiap manusia sudah mengetahui bilakah malaikat Izrail akan datang mencabut nyawa, pasti diri akan bersiap sedia dgn amal ibadat yg banyak dan tidak terhitungkan. Lalu jika benarlah ternyata 2012 ini merupakan pengakhiran kpd kehidupan di dunia, kita tidak punya kuasa untuk menghalang dan mungkin ianya adlh suatu kebetulan. Begitu juga sebaliknya, jika ternyata tiada terjadi apapun pd tarikh tersebut, maka itu semua sememangnya di bawah kekuasaan Allah.

Sekian.

Thursday, 2 June 2011

Hati Yang Sakit

Hati seperti ini, zahirnya hidup tetapi ia sakit. Dari luar nampak sihat tetapi di dalam hati sudah teruk dan sukar bg diubati. Pd mata kasar, hati mmg mencintai Allah, mempercayai-Nya, ikhlas menghambakan diri dan berserah kepada-NYa. Tetapi pd hakikatnya, ia berlawanan dgn perkara yg sebenar.

     Hati yg seperti ini sebenarnya mempunyai perasaan cinta pd hawa nafsu. Hawa nafsu ini pula lebih terdorong kepada rasa keinginannya. Antara nafsu keinginanya yg ketara ialah dengki, iri hati, sombong, riak, gila pangkat dan sebagainya. Sifat seperti ini adlh punca kerosakan hati.

     Keadaan hati yg seperti ini membawa kita ke arah dua jalan. Jalan pertama mengajaknya kembali pd Allah dan Rasul-Nya serta hari akhirat. Jalan yg kedua pula mengajaknya kpd kemewahan di dunia. Antara kedua-duanya, hati akn memenuhi ajakan mana-mana jalan yg lebih hampir kpdnya.

     Sebagai kesimpulan, hati yg pertama adlh hati yg sihat, lembut dan penuh dgn kesedaran. Hati yg kedua adlh hati yg kaku, kering dan layu. Manakala hati yg ketiga adlh hati yg sakit di mana lebih dekat kpd kebaikan atau kehncuran.

Allah menyatakan dalam al-Quran ::

     "Dan kami tidak mengutus sebelum kamu seorang Rasul pun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, dan Allah menghilangkan apa yg dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Agar ia menjadikan apa yg dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang2 yg di dalam hatinya ada penyakit dan yg kasar hatinya. Dan sesungguhnya org2 yg zalim itu, benar2 dalam permusuhan. Dan agar org2 yg telah di beri ilmu, meyakini bahawasanya al-Quran itulah yg hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mrka kpd-Nya dan sesungguhnya Allah adlh pemberi petunjuk bg org2 yg beriman kpd jalan yg lurus."

Hati Yang Mati

     Hati yg mati adlh lwan bg hati yg sihat. Ini bermaksud, org yg tidak mengenali Tuhan dan tidak pernah menyembah serta menurut perintah-Nya, mrka tidak disyngi dan tidak mndpt keredhaan Allah. Hati mrka dikuasai oleh hawa nafsu dan hanya menurut kehendak hatinya shj. Mrka tidak peduli sama ada kehendak dan tindakannya itu sebenarnya dilrg dan dimurkai Tuhan.

     Apbila hawa nafsu menguasai hati, jdlh ia sperti kanak2 yg tidal tahu menggunakan akal dan fikirannya. Cinta kpd Allah dilupakan. Perasaan takut, rela, mulia, hina dan mrh tidak pernah wujud dlm hatinya. Apbila bercinta ia berlandaskan hawa nafsunya, begitu juga apbila mrh.

     Apbila memberi sesuatu, ia semata2 krn keinginannya utk memberi. Mrka lbh mengutamakan hawa nafsunya drpd Tuhannya. Mrka menjdkn hawa nafsu sebagai imamnya, syahwat sebagai pemimpinnya, kebodohannya sebagai panduannya dan lalai sebagai landasannya.

     Dlm kpla mrka hanya dipenuhi oleh keinginan bg memenuhi kehendak2 dunia. Mrka terpengaruh dgn kemewahan dan mabuk hawa nafsu. Seruan utk kembali mengingati Allah dan hari akhirat, tidak dipedulikan. Mrka hanya mengikut telunjuk syaitan yg menyesatkan. Dunia menjdkannya lalai dan mabuk. Hawa nafsu telah membuatnya buta drpd perkara yg sebenar.

Tuesday, 31 May 2011

Hati Yang Sihat

Pada hari akhirat kelak, mereka yg mempunyai hati yg suci bersih  adlh org yg pling bhagia apbila bertemu dgn Allah. Sebaliknya mrka yg mempunyai hati yg ktor, tidak ada sesiapa yg akn menolong meskipun ank2 mrka sndri. Berkaitan perkara ini, Allah menyatakan di dalam al-Quran maksudnya:

     "Pada hari akhirat kelak, ank2 tidak akn dpt membrikan apa2 pertolongan, kcuali mrka yg dtg dgn hati yg suci bersih."

     (Surah as-Syu'arak,ayt 88-89)

Ayt ini menerangkan kpd kita spy  memiliki hati yg bersih apbila bertemu Allah pd hari akhirat. Sekiranya mrka dtg dgn hati yg ktor, tidak ada sesiapa yg dpt menolong melainkan mrka yg mempunyai hati yg bersih.

     Ramai org yg mempunyai pendpt yg berbeza berkaitan maksud hati yg sihat. Ada yg b'pndpt, ia membawa maksud hati yg bersih ataupun hati yg selamat. Perkataan ini sebenarnya mempunyai maksud yg sama, iaitu hati yg bersih drpd keinginan bg melakukan perkara yg melanggar perintah Allah dan lrngannya termasuklah perkara2 yg meragukan.

     Ini bermakna, hati yg bersih bebas drpd menjd hamba kpd syaitan. Ketaatan, rasa takut, harapan, keredhaan, taubat dan berserah diri hanya kpd Allah semata2. Mrka tidak menjd hamba kpd yg lain, selain Allah.

     Hati yg bersih juga tidak menyekutukan Allah dgn apa cara sekalipun. Hati mrka sentiasa mengabdikan diri kpd Allah sama ada dlm bentuk hrpan, cinta, berserah kpd Allah, taubat dan sebagainya. Segala perbuatan mrka ikhlas krna Allah. Mrka mencintai krn Allah dan mrka membenci juga krn Allah. Begitu juga apbila memberi dan menegah, semuanya krn Allah.

     Namun begitu, diri kita masih belum sempurna selagi belum bebas drpd sikap yg tidak berlandaskan hukum dan perintah Allah. Hati perlu sentiasa rapat dan mengingati Allah, bertekad untuk sentiasa patuh kpd Allah, bukan kpd yg lain sama ada dlm perkataan ataupun perbuatan.

     Setiap perkataan yg lahir dri hati adlh 1 perintah. Ia juga kehendak hati untuk dilakukan oleh anggota bdn yg mempunyai hbungan dgn perintah itu. Anggota bdn tidak akn melakukan sesuatu tanpa mendpt arhan drpd hati.

     Bagi mrka yg tidak beriman, adakalanya tindakan yg dilakukan itu tidak mengambil pertimbangan yg wajar. Ini samalah halnya dgn melakukan sesuatu sblum mendpt arhan. Sehbngan itu, Allah menegaskan dlm al-Quran,

     "Hai org2 yg beriman, jgnlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya bg melakukan sesuatu perkara sblum mendpt kebenaran, sesungguhnya Allah maha mendengar dan maha mengetahui."

(Surah al-Hujurat,ayt 1)

Ayt ini jelas mengingatkan spy jgn melakukan sesuatu perkara sblum mendpt arhan drpd Rasulullah. Sebahagian ulamak berpndpt, setiap perbuatan kebiasaannya melahirkan 2 pertanyaan walaupun perbuatan itu kecil iaitu:

     1) Mengapa dan bagaimana perbuatan itu dilakukan?

     2) Atau mengapa perbuatan itu dilakukan dan bagaimana ia melakukan?

Persoalan pertama, mencari sebab atau punca. Mungkin ia dilakukan krn dorongan atau keinginan bertujuan untuk mendpt pujian dri manusia. Mungkin mrka melakukan krn mrka menganggap itu 1 kewajipan dan mengharapkan keredhaan-Nya. Mungkin juga mrka melakukan semata2 krn untuk memenuhi keinginan hati mrka.

Pertanyaan kedua pula mengenai sikap ingin mencontohi sunnah Rasulullah dlm menjlnkan kewajipan sebagai seorg hamba. Adakah tindakan mrka sesuai dgn apa yg Allah trunkan melalui rasul-Nya? Atau mrka melakukan sesuatu perbuatan yg tidak diperintahkan dan diredhai Allah?

     Walau apa pun yg kita lakukan, apa yg penting ialah keikhlasan dan perintah siapa yg kita ikuti, sesungguhnya Allah hanya menerima perbuatan yg diperintahkannya shja.
Perbuatan yg dilakukan dgn hati yg ikhlas dan mengikut arhannya shj diterima Allah.

     Sebagai hamba-Nya, kita diharap dpt mengikuti sunnah Rasulullah. Hati dan kehendak patut dipelihara spy tidak merosakkan keikhlasan dan nafsu yg menentang kebaikan. Hanya , hati yg sihat shj dpt menjamin keselamatan sesebuah kehidupan.

Mengenali Hati Yang Bersih dan Kotor

Hati: Organ Istimewa di Dalam Badan

     Antara semua makhluk ciptaan Allah, manusia adalah ciptaan Allah yg pling sempurna. Selain lengkap dgn 7 pancaindera, Allah juga mengurniakan akal dan fikiran bg memudahkan manusia membuat pertimbangan.

     Walaubagaimanapun, akal dan fikiran dikendalikan oleh seketul daging di dalam tubuh manusia yg dikenali sebagai hati. Hati ibarat raja di dalam sesebuah negeri. Hati juga yg memerintahkan seluruh anggota badan spy bertindak sesudah mendpt arahan.

     Tindakan yg dilakukan itu sama ada berupa kebaikan ataupun kejahatan, ia banyak bergantung pd hati itu sndri. Hati adlh anggota tbuh manusia yg pling mulia. Hati terletak di dalam dada. Ia dilindungi dan dikelilingi oleh seluruh anggota tbuh sesuai dgn kedudukannya sebagai raja.

     Hati tidak dpt dilihat dgn mata ksar tetapi tindakan yg diambil oleh hati dpt dilihat pd perlakuan seseorg sprti kesbran, ilmu, keberanian, kemuliaan, cinta, kehndak, kerelaan dan semua sifat-sifat yg baik. Tindakan yg diambil oleh hati juga boleh melahirkan tindakan sperti mrh, benci, dengki, dendam dan sebagainya termasuklah perbuatan2 yg mengingkari Allah. Semua anggota tbuh kita sama ada yg dpt dilihat ataupun yg tidak termasuklah segala kekuatannya adlh benteng kpd hati.

     Mata dan hati mempunyai hubungan erat yg tidak dpt dipisahkan. Segala yg dilihat oleh mata terus dihantar ke hati. Apabila mata melihat sesuatu, mata dgn cepat menghantar isyaratnya ke hati. Kemudian hati segera membuat tindakan susulan.

     Apa juga tindakan yg dilakukan oleh anggota tbuh slpas menerima arahan drpd hati tidak akan terlepas begitu shj pd hari akhirat. Semua anggota tbuh dipertanggungjawabkan dan menjadi saksi setiap perkara yg dilakukan semasa di dunia.

     Ini ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran, maksudnya:

     "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akn diminta pertanggungjawbknnya."

     (Surah al-Israk,ayat 36)

     Ayat ini menjelaskan, telinga, mata, hati dan seluruh anggota badan dipertanggungjawabkan ats apa yg dilakukan semasa di dunia. Mata yg melihat, telinga  yg mendengar dan hati yg mengeluarkan arahan akn diminta menjadi saksi.

     Sekiranya hati seseorg itu sering membuat keputusan berpandukan ajaran al-Quran, berbahagialah nrka yg memiliki hati seperti ini. Tetapi sekiranya memiliki hati yg sering membuat keputusan yg berpandukan hasutan syaitan, kebinasaan shj yg menimpa mrk.

     " Hati adlh umpama raja dan anggota bdn sbagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dgn baik, 
        pengawalnya tntulh bertugas dgn baik juga. Apabila rajanya melakukan sesuatu yg tidak baik, sdh tntu
       pengawalnya begitu juga."

     Hadis ini diperkuatkan lg oleh pengakuan Rasulullah,

       "Ketahuilh sesungguhnya di dlm tbuh ad sgumpal dging. Apabila ia baik jd baiklh selruh anggotanya
        dan sekiranya bruk, bruklh semuanya. Ketahuilh ia adlh hati."

     Hati sering dikaitkan dgn kehidupan & kematian. Sehbngan itu, hati boleh dibhgikn kpd 3:

     1) Hati yg Sihat  
     2) Hati yg Mati
     3) Hati yg Sakit

Tuesday, 24 May 2011

****Bahagiakan Hatimu..(^_^)*****

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.Apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota,dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.Ketahuilah,itulah hati."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ketandusan hati dewasa ini adalah suatu penyakit ketara di tengah-tengah masyarakat.Ramai yang susah hati,gelisah,tidak merasakan ketenangan hati walaupun memiliki segala kemudahan serta keselesaan.Justeru,kebahagiaan hakiki bukanlah terletak pada kemewahan harta benda namun bertitik tolak pada hati yang sejahtera.

Hati adalah tempat terpancarnya perasaan suka,duka,benci,marah,gembira,sedih dan sebagainya.Hati yang tenang mencerminkan budi pekerti serta menyerlahkan pesona diri.Hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota tubuh untuk mengikut perintah hati.Apabila hati dikuasai oleh iman,amal yang dilahirkan adalah kebaikan.Namun apabila hati dikuasai oleh nafsu,maka amal yang muncul adalah keburukan.Ketahuilah menjaga hati itu penting bagi kita muslimin dan muslimah.Demi mendapatkan keredhaan Allah yang MAHA SATU.......

Sebagai renungan bersama....(^_^)...Bahagiakanlah hatimu dengan mendekatkan diri kepada yang MAHA ESA....

Saturday, 21 May 2011

Terhapus Kesedihan

Perjalanan hidup penuh rona...
Senyum yang terukir tanda hati bahagia...
Air mata yang mengalir membawa khabar duka...
Hati tertanya-tanya dosa apa sehingga ditimpa sengsara...

"Seorang Muslim itu tidak ditimpa sesuatu keletihan,penyakit,masalah (kebingungan),kesedihan (kerana kehilangan sesuatu),kesengsaraan dan dukacita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya) kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya"

Hadis Riwayat Al-Bukhari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...