Tuesday, 31 May 2011

Hati Yang Sihat

Pada hari akhirat kelak, mereka yg mempunyai hati yg suci bersih  adlh org yg pling bhagia apbila bertemu dgn Allah. Sebaliknya mrka yg mempunyai hati yg ktor, tidak ada sesiapa yg akn menolong meskipun ank2 mrka sndri. Berkaitan perkara ini, Allah menyatakan di dalam al-Quran maksudnya:

     "Pada hari akhirat kelak, ank2 tidak akn dpt membrikan apa2 pertolongan, kcuali mrka yg dtg dgn hati yg suci bersih."

     (Surah as-Syu'arak,ayt 88-89)

Ayt ini menerangkan kpd kita spy  memiliki hati yg bersih apbila bertemu Allah pd hari akhirat. Sekiranya mrka dtg dgn hati yg ktor, tidak ada sesiapa yg dpt menolong melainkan mrka yg mempunyai hati yg bersih.

     Ramai org yg mempunyai pendpt yg berbeza berkaitan maksud hati yg sihat. Ada yg b'pndpt, ia membawa maksud hati yg bersih ataupun hati yg selamat. Perkataan ini sebenarnya mempunyai maksud yg sama, iaitu hati yg bersih drpd keinginan bg melakukan perkara yg melanggar perintah Allah dan lrngannya termasuklah perkara2 yg meragukan.

     Ini bermakna, hati yg bersih bebas drpd menjd hamba kpd syaitan. Ketaatan, rasa takut, harapan, keredhaan, taubat dan berserah diri hanya kpd Allah semata2. Mrka tidak menjd hamba kpd yg lain, selain Allah.

     Hati yg bersih juga tidak menyekutukan Allah dgn apa cara sekalipun. Hati mrka sentiasa mengabdikan diri kpd Allah sama ada dlm bentuk hrpan, cinta, berserah kpd Allah, taubat dan sebagainya. Segala perbuatan mrka ikhlas krna Allah. Mrka mencintai krn Allah dan mrka membenci juga krn Allah. Begitu juga apbila memberi dan menegah, semuanya krn Allah.

     Namun begitu, diri kita masih belum sempurna selagi belum bebas drpd sikap yg tidak berlandaskan hukum dan perintah Allah. Hati perlu sentiasa rapat dan mengingati Allah, bertekad untuk sentiasa patuh kpd Allah, bukan kpd yg lain sama ada dlm perkataan ataupun perbuatan.

     Setiap perkataan yg lahir dri hati adlh 1 perintah. Ia juga kehendak hati untuk dilakukan oleh anggota bdn yg mempunyai hbungan dgn perintah itu. Anggota bdn tidak akn melakukan sesuatu tanpa mendpt arhan drpd hati.

     Bagi mrka yg tidak beriman, adakalanya tindakan yg dilakukan itu tidak mengambil pertimbangan yg wajar. Ini samalah halnya dgn melakukan sesuatu sblum mendpt arhan. Sehbngan itu, Allah menegaskan dlm al-Quran,

     "Hai org2 yg beriman, jgnlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya bg melakukan sesuatu perkara sblum mendpt kebenaran, sesungguhnya Allah maha mendengar dan maha mengetahui."

(Surah al-Hujurat,ayt 1)

Ayt ini jelas mengingatkan spy jgn melakukan sesuatu perkara sblum mendpt arhan drpd Rasulullah. Sebahagian ulamak berpndpt, setiap perbuatan kebiasaannya melahirkan 2 pertanyaan walaupun perbuatan itu kecil iaitu:

     1) Mengapa dan bagaimana perbuatan itu dilakukan?

     2) Atau mengapa perbuatan itu dilakukan dan bagaimana ia melakukan?

Persoalan pertama, mencari sebab atau punca. Mungkin ia dilakukan krn dorongan atau keinginan bertujuan untuk mendpt pujian dri manusia. Mungkin mrka melakukan krn mrka menganggap itu 1 kewajipan dan mengharapkan keredhaan-Nya. Mungkin juga mrka melakukan semata2 krn untuk memenuhi keinginan hati mrka.

Pertanyaan kedua pula mengenai sikap ingin mencontohi sunnah Rasulullah dlm menjlnkan kewajipan sebagai seorg hamba. Adakah tindakan mrka sesuai dgn apa yg Allah trunkan melalui rasul-Nya? Atau mrka melakukan sesuatu perbuatan yg tidak diperintahkan dan diredhai Allah?

     Walau apa pun yg kita lakukan, apa yg penting ialah keikhlasan dan perintah siapa yg kita ikuti, sesungguhnya Allah hanya menerima perbuatan yg diperintahkannya shja.
Perbuatan yg dilakukan dgn hati yg ikhlas dan mengikut arhannya shj diterima Allah.

     Sebagai hamba-Nya, kita diharap dpt mengikuti sunnah Rasulullah. Hati dan kehendak patut dipelihara spy tidak merosakkan keikhlasan dan nafsu yg menentang kebaikan. Hanya , hati yg sihat shj dpt menjamin keselamatan sesebuah kehidupan.

Mengenali Hati Yang Bersih dan Kotor

Hati: Organ Istimewa di Dalam Badan

     Antara semua makhluk ciptaan Allah, manusia adalah ciptaan Allah yg pling sempurna. Selain lengkap dgn 7 pancaindera, Allah juga mengurniakan akal dan fikiran bg memudahkan manusia membuat pertimbangan.

     Walaubagaimanapun, akal dan fikiran dikendalikan oleh seketul daging di dalam tubuh manusia yg dikenali sebagai hati. Hati ibarat raja di dalam sesebuah negeri. Hati juga yg memerintahkan seluruh anggota badan spy bertindak sesudah mendpt arahan.

     Tindakan yg dilakukan itu sama ada berupa kebaikan ataupun kejahatan, ia banyak bergantung pd hati itu sndri. Hati adlh anggota tbuh manusia yg pling mulia. Hati terletak di dalam dada. Ia dilindungi dan dikelilingi oleh seluruh anggota tbuh sesuai dgn kedudukannya sebagai raja.

     Hati tidak dpt dilihat dgn mata ksar tetapi tindakan yg diambil oleh hati dpt dilihat pd perlakuan seseorg sprti kesbran, ilmu, keberanian, kemuliaan, cinta, kehndak, kerelaan dan semua sifat-sifat yg baik. Tindakan yg diambil oleh hati juga boleh melahirkan tindakan sperti mrh, benci, dengki, dendam dan sebagainya termasuklah perbuatan2 yg mengingkari Allah. Semua anggota tbuh kita sama ada yg dpt dilihat ataupun yg tidak termasuklah segala kekuatannya adlh benteng kpd hati.

     Mata dan hati mempunyai hubungan erat yg tidak dpt dipisahkan. Segala yg dilihat oleh mata terus dihantar ke hati. Apabila mata melihat sesuatu, mata dgn cepat menghantar isyaratnya ke hati. Kemudian hati segera membuat tindakan susulan.

     Apa juga tindakan yg dilakukan oleh anggota tbuh slpas menerima arahan drpd hati tidak akan terlepas begitu shj pd hari akhirat. Semua anggota tbuh dipertanggungjawabkan dan menjadi saksi setiap perkara yg dilakukan semasa di dunia.

     Ini ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran, maksudnya:

     "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akn diminta pertanggungjawbknnya."

     (Surah al-Israk,ayat 36)

     Ayat ini menjelaskan, telinga, mata, hati dan seluruh anggota badan dipertanggungjawabkan ats apa yg dilakukan semasa di dunia. Mata yg melihat, telinga  yg mendengar dan hati yg mengeluarkan arahan akn diminta menjadi saksi.

     Sekiranya hati seseorg itu sering membuat keputusan berpandukan ajaran al-Quran, berbahagialah nrka yg memiliki hati seperti ini. Tetapi sekiranya memiliki hati yg sering membuat keputusan yg berpandukan hasutan syaitan, kebinasaan shj yg menimpa mrk.

     " Hati adlh umpama raja dan anggota bdn sbagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dgn baik, 
        pengawalnya tntulh bertugas dgn baik juga. Apabila rajanya melakukan sesuatu yg tidak baik, sdh tntu
       pengawalnya begitu juga."

     Hadis ini diperkuatkan lg oleh pengakuan Rasulullah,

       "Ketahuilh sesungguhnya di dlm tbuh ad sgumpal dging. Apabila ia baik jd baiklh selruh anggotanya
        dan sekiranya bruk, bruklh semuanya. Ketahuilh ia adlh hati."

     Hati sering dikaitkan dgn kehidupan & kematian. Sehbngan itu, hati boleh dibhgikn kpd 3:

     1) Hati yg Sihat  
     2) Hati yg Mati
     3) Hati yg Sakit

Tuesday, 24 May 2011

****Bahagiakan Hatimu..(^_^)*****

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.Apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota,dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.Ketahuilah,itulah hati."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ketandusan hati dewasa ini adalah suatu penyakit ketara di tengah-tengah masyarakat.Ramai yang susah hati,gelisah,tidak merasakan ketenangan hati walaupun memiliki segala kemudahan serta keselesaan.Justeru,kebahagiaan hakiki bukanlah terletak pada kemewahan harta benda namun bertitik tolak pada hati yang sejahtera.

Hati adalah tempat terpancarnya perasaan suka,duka,benci,marah,gembira,sedih dan sebagainya.Hati yang tenang mencerminkan budi pekerti serta menyerlahkan pesona diri.Hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota tubuh untuk mengikut perintah hati.Apabila hati dikuasai oleh iman,amal yang dilahirkan adalah kebaikan.Namun apabila hati dikuasai oleh nafsu,maka amal yang muncul adalah keburukan.Ketahuilah menjaga hati itu penting bagi kita muslimin dan muslimah.Demi mendapatkan keredhaan Allah yang MAHA SATU.......

Sebagai renungan bersama....(^_^)...Bahagiakanlah hatimu dengan mendekatkan diri kepada yang MAHA ESA....

Saturday, 21 May 2011

Terhapus Kesedihan

Perjalanan hidup penuh rona...
Senyum yang terukir tanda hati bahagia...
Air mata yang mengalir membawa khabar duka...
Hati tertanya-tanya dosa apa sehingga ditimpa sengsara...

"Seorang Muslim itu tidak ditimpa sesuatu keletihan,penyakit,masalah (kebingungan),kesedihan (kerana kehilangan sesuatu),kesengsaraan dan dukacita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya) kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya"

Hadis Riwayat Al-Bukhari

Wanita Raihlah Ilmu

Wanita...
Perhiasan indah dunia dengan harta solehah
Iman perisai kebal yang tidak mudah digega
Kemanisan dan kelembutan bukan kelemahan yang melata
Wanita...
Jadikan akalmu bukan cuma untuk menghias
Menakluk Sang Adam
Jadikan kelebihan ini agar dunia boleh kau takluki
Dengan iman dan semangat yang kau tanamkan dalam jiwa anak-anakmu
Agar menjadi pahlawan peneraju dunia
Bukan dengan pedang atau ledakan peluru
Namun dengan ilmu yang tajam
Harta yang mantap dan iman yang teguh tanpa berbelah bahagi kepada Pencipta
Wanita...
Jangan serahkan cinta sayangmu membabi buta
Ketahuilah yang tiada bezanya kita dan kaum Adam gagah perkasa
Nyata mereka pemimpin yang diutus Maha Esa
Namun kita masih sama di sisi Khaliq Maha Pencipta
Raihlah ilmu agar kita wanita tidak cuma menyerah dan berserah pada takdir tanpa melawan.

Dimensi Sabar Dalam Mentaati Allah

Menurut Imam Al-Ghazali , sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga;yakni sabar ketika hendak memulakannya , semasa mengerjakannya dan selepas mengerjakannya.

Sabar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi keredhaan Allah . Jangan sekali-kali mengharap pujian , pengiktirafan dan penghargaan daripada manusia . Dengan kesabaran , kita mampu menangkis sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan suatu ibadah .

Sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya . Umpamanya apabila menutup aurat , tentulah ada sedikit rasa panas , tidak selesa ( buat pertama kalinya ) , disindir orang dan sebagainya . Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal , emosi dan hati kita menanggungnya .

Manakala sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada bersifat riyak (menunjuk-nunjuk) , sum'ah (suka mendengar pujian) dan  ujub (berasa hairan dengan kemampuan diri). Menurut Imam Al-Ghazali , sabar di peringkat inilah yang paling sukar . Ini adalah godaan yang menimpa hati. Jika tauhid tidak dihayati , maka dengan mudah sahaja syaitan menipu lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan, orang yang membaca  al-Quran dan orang yang telah mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...