Saturday, 28 January 2012

12 Keburukan Meremehkan Dosa !!!

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua pengunjung yang sudi singgah dan baca entri kt blog Fatin yang x seberapa..dah agak lama juga Fatin x buat entri..sbbnya t'lalu bz dan xde idea nk buat entri pe..kali ni Fatin nk kongsi dgn sahabat2 tentang keburukan meremehkan dosa..

Seperti yg kita maklum, dlm era dunia akhir zaman skrg ni..rmai sgt saudara2 kita yg seolah2 memandang ringan tentang dosa..walhal mereka tahu apa yg mereka sedang lakukan adalah dosa belaka..contoh paling dekat adalah sebagai seorang muslimah..kita seharusnya menjaga aurat kita sebaik mungkin..tp apakah yg sahabat2 semua lihat bahawa t'lampau ramai saudara kita yg tahu bahawa mendedahkan aurat itu merupakan satu dosa ( of coz la ramai yg tahu )..tetapi mereka masih lg tidak menutup aurat mereka dgn sewajarnya..mungkin kerana mereka tidak memikirkan tentang akibatnya @ perlukah mereka lihat sendiri bagaimana berat & peritnya hukuman bg wanita yg tidak menutup aurat mereka ( oppss..t'lbih suda..actually entri ni general tentang dosa..x khusus pd aurat ye..)..mari kita baca sama2 keburukan2 meremehkan dosa..

12 KEBURUKAN MEREMEHKAN DOSA !
1. Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya diharamkan rezeki seorang hamba disebabkan kerana dosa yang menimpanya."

2. Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya aku tidak memperhitungkan seorang lelaki yang melupakan ilmunya sebagaimana kamu mengetahui seseorang disebabkan dosa yang diketahui" ( agak complicated utk memahami ayat ni..tp xpe..nti tnye ustaz..)

3. Sabda Rasulullah : " Seorang wanita diseksa gara2 seekor kucing. Beliau mengurungnya sampai mati & kerana kucing itulah dia masuk neraka. Dia telah mengurungnya, tetapi tidak memberinya makan & minum bahkan tidak membiarkan kucing itu memakan serangga2 tanah." Mungkin kita anggap perbuatan ini tidak salah kerana tidak melibatkan manusia lain. Tetapi ketahuilah binatang juga adalah makhluk ciptaan Allah. ( ha..jgnlah jaga adab dgn manusia je..dgn binatang pn kne jaga juga..binatang kn makhluk ciptaan Allah juga..)

4. Para ulama membahagikan dosa kepada dua bentuk iaitu dosa kecil & dosa besar bg memudahkan menentukan hukumannya. Sebenarnya ianya bukanlah bertujuan utk diremehkan & membesarkan yg lain. Seorang mukmin seharusnya melihat dosa kecil itu seperti sebuah gunung yang besar yg terletak tepat di atas kepalanya. Bayangkan betapa beratnya dosa yang ditanggung walaupun kecil. ( igtlah wahai sahabat2ku..yg dikatakan dosa kecil itu bukanlah bermaksud kecil & tidak mengapa klu diremehkan..walaupun nampak kecil tetapi beratnya hukuman bg dosa2 itu..hanya Allah shja yg mengetahuinya..)


5. Jgn menjd seprti orang fasik yg melihat dosa kecil seprti lalat yg terbang di depannya kemudian terbang. Sedangkan seekor lalat boleh menyebabkan seekor gajah mati. ( Bayangkanlah..hanya kerana dosa yg sebesar zarah ..boleh menyebabkan kita x layak menghidu bau syurga walau sedikitpun..alangkah ruginya kita..)


6. Firman Allah S.W.T. : dlm surah An-Nisa ayat 31 :"Jika kamu menjauhi dosa2 besar di antara dosa2 yg dilarang kamu mengerjakannya nescaya Kami menghapuskan kesalahan2 ( dosa2 kecil ) dan Kami masukkan kamu ke tempat yg mulia ( syurga ). ( Bagaiman Allah akan ampunkan dosa2 kita walaupun yg kecil..seandainya kita terus-terusan melakukan dosa2 besar?? )

7. Allah mensyaratkan diterima taubat seorang hamba, apabila bertaubat dia tidak melakukannya. ( tidak mengulangi dosanya ) Ketahuilah bahawa seluruh perbuatan hamba-Nya semuanya Allah catat dalam sebuah buku catatan. ( tidak terfikirkah kita wahai sahabat2 sekalian bahawa betapa banyaknya dosa kita..bilakah masanya utk bertaubat..klu bukan sekarang?..apakah kita mampu utk memohon kpd Allah agar menghapuskan dosa2 kita yg bertimbun hanya dgn sekali lafaz doa? )

8. Bila hari kiamat, buku catatan itu akan diperlihatkan kpd hamba. Buku yg mencatatkan segala amalannya tidak kira buruk @ baik. Amalan baik dibalas dgn kenikmatan manakala yg buruk dibalas dgn seksaan. ( mampukah kita utk menahan seksaan yg pedih yg menanti bg pelaku2 dosa?? )

9. Orang yg mendapat kenikmatan akan berkata, " Andai kata aku lebih giat lg beramal."Orang mendapat seksaan pula berkata " Andai kata aku tidak berbuat jahat." Tp penyesalan itu tidak berguna lg. ( menyesal la skrg..de juga untungnye..klu nti da t'lmbt..x guna dah nk nyesal pn )

10. Dalam sebuah hadis qudsi yg diriwayatkan oleh Imam Muslim yg berbunyi, " Wahai hamba-Ku sesungguhnya aku mencatat amalanmu & membalasnya. Oleh kerana itu barang siapa mendptkn kebaikn, maka hendaklah dia memuji Allah. Barang siapa mendptkn selain itu, maka jgnlah mencela selain dirinya sendiri." ( mahukah kita mendapatkan selain drpd kebaikan? ubah la diri anda supaya kita juga kelak mendapatkan kebaikan sebagai balasan..)

11. Rasulullah memberi peringatan yg keras agar jgn menganggap remeh dosa2 kecil kerana itu b'makna meremehkan dirinya sendri. Akan tetapi org seperti itu adalah org yg tidak mengetahui bahawa Allah selalu mengawasinya. Bahkan dia berkata kpd dirinya sndri, "Dosa2 itu dpt dihapuskan dgn berwuduk & bersolat". ( mmg benar kita haru yakin pd qada' & qadar Allah..akn tetapi jgn t'lalu meremehkannya kerana..jika wuduk & solat kita tidak sempurna & tidakditerima..bolehkah dosa2 itu dihapuskan?? )

12. Dosa2 kecil juga apabila saling bertemu di antara satu sama lain akn membesar & akan mengakibatkan hilangnya cahaya hati & menjadikan hati mnjd hitam & keras. Barang siapa yg ingin Allah jdkn setiap keluh kesahnya hilang & setiap kesukaran terbebaskan maka bertaqwalah kpd Allah di mana pun berada & hindarilah perbuatan dosa dgn sekuat tenaga. ( berhentilah melakukan dosa even dosa kecil sekalipun..kerana himpunan dosa2 kecil juga boleh menjd dosa besar..kelak dikhuatiri akn lbih perit seksaannya.)


Sekian..ini shja yg dpt saya kongsikan kali ini..mohon maaf jika dlm entri ni de t'slah di mana2..sudi2kanlah menegur..saya sedia menerima dgn hati t'buka..InsyaAllah !~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...