Saturday 25 August 2012

Penawar Sanubariku !~


Assalamualaikum warahmatullah..

      Ape khabar sahabat2? Fatin doakan sahabat2 semua sifat walafiat dalam redha Allah..insyaAllah . Untuk entri kali ini tak banyak yng Fatin nak celotehkan..cuma nak kongsi slot kegemaran Fatin di TV9 sewaktu Ramadhan yg lalu..memang tertunggu2 je sebab ade manfaat yang boleh Fatin perolehi dari slot tu iatitu slot PENAWAR SANUBARI BERSAMA ASHRAF MUSLIM..

       Mungkin ada diantara sahabat2 di luar sana yang mengikuti slot ini..tapi Fatin nak juga kongsi untuk sahabat2 yang belum ikut serta..mudah2an mendapat manfaat daripadanya...Al-Quran penawar sanubariku bersama Ashraf Muslim yang disiarkan selama 2 minit di TV9..pengisian mengenai penggunaan ayat Al-Quran dalam setiap masalah yang kita hadapi..

Di sini Fatin senaraikan sebagai rujukn bersama..



  1. Masalah was-was : Surah Al-Hijr (15) Ayat 66-99
  2. Masalah jantung : Surah Al-Israq (17) Ayat 40-55
  3. Masalah keyakinan diri : Surah An-Nur (24) Ayat 11-25
  4. Masalah anak bermasalah : Surah Yasin (36) Ayat 72-83
  5. Masalah penerang hati : Surah Ar-Rahman (55)
  6. Masalah rezeki : Surah Al-Waqiah (56) ( Satu Surah )
  7. Ayat pendinding : Surah Al-Baqarah (2) Ayat 103-123
  8. Masalah kerunsingan/stress : Surah Muhammad (47) Ayat 21-32
  9. Masalah akhlak : Surah Al-Hajj (22) Ayat 73-78
  10. Masalah kemarahan : Surah Toha (20) Ayat 120-135
  11. Masalah kanser : Surah Al-Mukminun (23) Ayat 91-100
  12. Masalah terseliuh : Surah Qaf (50) Ayat 16-45
  13. Maslah lemah badan : Surah Al-Anfal (8) Ayat 36-50
  14. Masalah zuriat : Surah An-Nahli (16) Ayat 81-89 (lelaki) , Surah Maryam (19) Ayat 31-48  (perempuan)


Sekian sahaja untuk entri kali ini..Fatin harap moga entri kali ini bermanfaat untuk rujukan kita semua..insyaAllah


Tuesday 21 August 2012

Puasa Enam (*_^) !~

Assalamualaikum warahmatullah..

    Salam aidilfitri buat semua pengunjung blog Fatin , apa khabar sahabat2 ? Fatin doakan moga sahabat2 sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat . Seronoknye raya ye..mesti ramai yang masih berada di kampung halaman meraikan hari raya bersama keluarga . Fatin je la yang sedang 'berkhalwat' sorang2 kt umh ni ekoran cuti yang sangat singkat dan perlu menjalankan tugas pada raya ke-empat..huhu..bestnye korang cuti panjang ye..nk juga..huhu..

    Tak pela..hehe..kerana tanggungjawab dan tuntutan kerja , diturutkan jugalah walaupun berat rasa nak buat..Sempena aidilfitri ini , Fatin suka sangat nak buat satu lagi entri related dengan syawal iaitu puasa enam dalam bulan syawal . Ada tak yang dah mula berpuasa ?? kalau dah mula alhamdulillah..kalau yang belum tu..bila lagi??


Daripada Abu Ayub , Rasulullah bersabda yang bermaksud :

   " Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan , diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal , dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun . " ( Hadis riwayat Muslim )

Hukum

Terdapat beberapa hadis yang sahih berkaitan dengan puasa di bulan syawal . Antaranya :

1. Sabda Nabi s.a.w. : " Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti enam hari pada bulan Syawal , dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun . " ( Riwayat Muslim )

2. " Sesiapa yang puasa Ramadhan , satu bulan ganjarannya sepuluh bulan . Dan dia berpuasa enam hari daripada bulan Syawal , dengan itu genaplah (pahala) satu tahun . " ( Riwayat Sa'id bin Mansur )

     Berdasarkan hadis-hadis di atas , ulama berpendapat puasa enam hari daripada bulan Syawal adalah sunat dan digalakkan . Imam An Nawawi berkata : " Ashab kita ( fuqaha mazhab kita ) berpendapat bahawa disunatkan puasa enam hari daripada bulan Syawal berdasarkan hadis-hadis di atas . Tidak ada perselisihan di kalangan kami . Begitu juga pendapat Ahmad dan Daud .


Cara Melaksanakan Puasa Enam

    Ulama yang berpendapat sunat puasa enam hari daripada Syawal berbeza pendapat dari segi cara pelaksanaan yang paling baik dan afdal .

1. As-Syafi'i dan mereka yang sealiran dengannya berpendapat digalakkan puasa pada awal bulan , selepas hari raya dan dilakukan dengan cara berturut-turut .

2. Tidak ada perbezaan sama ada dilakukan dengan berturut-turut atau tidak di sepanjang bulan itu . Ini merupakan pendapat Waki' ( guru Imam as-Syafi'i ) dan Ahmad .

3. Tidak digalakkan puasa terus selepas hari raya , kerana ia merupakan hari makan dan minum . Sebaliknya hendaklah berpuasa beberapa hari selepas itu


       Walau bagaimanapun tiada dalil sahih yang menyokong salah satu pendapat di atas . Maka dapat disimpulkan bahawa ia terbuka kepada setiap individu mengikut kelapangan masing-masing sepanjang bulan Syawal , sama ada hendak dilakukan di awal bulan atau di akhirnya , secara berturut-turut atau berselang-seli . Namun amal yang baik , jika disegerakan tentulah lebih baik dan afdal jika dibandingkan dengan melewat-lewatkannya tanpa keuzuran .


Antara Qadha Puasa Ramadhan dan Puasa Enam

   Ada yang berpendapat , bagi mereka yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana keuzuran yang dibenarkan syarak , diharuskan bagi mereka mengerjakan puasa enam Syawal terlebih dahulu sekalipun mereka masih mempunyai puasa qadha Ramadhan .

   Perkara ini mungkin disebabkan kerana mereka berada di akhir Syawal dan dikhuatiri tidak sempat menghabiskan puasa enam Syawal . Walau bagaimanapun , mengutamakan puasa qadha Ramadhan adalah lebih baik jika mereka mempunyai waktu yang cukup untuk menghabiskan puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal .

    Sampai disini sahaja perkongsian untuk entri kali ini..diharap jika ada salah dimana2 , sila2 lah menegur ye..Fatin sudi menerima teguran2 yang membawa kebaikan..InsyaAllah...Sehingga bertemu lagi di entri yang akan datang .

Rujukan..



 Semoga entri kali ini bermanfaat buat semua . Salam ukhwahfillah !~ (*_^)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...