Thursday 16 January 2014

♥ AKU ADA WALI ♥


~AKU ADA WALI~
Harga termasuk postage : RM33.00
*Harga bagi seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak*
Sinopsis~~

SYUMAILA, anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'. 

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang. 


Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara menghampiri 'jalan-jalan' zina sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause!!! Prioriti!!! Pergi!!! Baginya, inilah saat menahan, apabila berbuka, penuh 'keterujaan'. 


Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah sedikit ringkasan yang dapat menyimpulkan kisah novel drama ini..Novel bukan sekadar novel. Ada yang berpendapat.. novel satu bahan baca yang penuh imaginasi yang melalaikan..tapi bagi yang sangat suka mengexplore dunia novel ini.. sebenarnya banyak yang di dalamnya terkandung sejuta pengajaran dan ilmu yang mungkin kita tak pernah tahu.. salah satunya adalah "AKU ADA WALI".

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya~~ Boleh e-mail ke ukhtyauliasofeaa@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...