Monday 3 September 2012

~ ♥◕ Tembikai..Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. ◕♥ ~

Assalamualaikum warahmatullah..sahabat2 yang Fatin kasihi dan ingati selalu..apa khabar????..mudah-mudahan kalian sentiasa dalam keadaan sihat walafiat..buat kesekian kalinya Fatin nk wt entri lg..juga berkaitan info2 yang mungkin boleh memberi manfaat buat semua yang membaca..insyaAllah..


Sahabat2 yang Fatin kasihi..

       Untuk entri kali ini..Fatin ingin kongsikan kebaikan2 amalkan makan buah kesukaan ramai..buah tembikai..sape je yg tak suke makan tembikai..confirm sume suke kan..sebab tembikai amat enak untuk dinikmati lebih2 lagi pd waktu panas..amat menyegarkan tubuh dan menghilangkan dahaga..jom baca lebih details..

       Alangkah enak dan nikmatnya jika dapat makan sepotong tembikai sejuk ketika cuaca panas . Amat menyegarkan tubuh dan menghilangkan dahaga . Melihat isinya yang merah menyala itu pun sudah mengecurkan. Kerana itulah , tembikai amat popular di kalangan penduduk duni dan boleh didapati di serata dunia .

       Tembikai adalah makanan kegemaran Rasulullah . Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi bahawa Aisyah r.a. berkata " Rasulullah pernah makan buah tembikai bersama buah tamar basah " Ada juga yang meriwayatkan Rasulullah makan timun bersama tamar . Apapun , kedua-duanya (tembikai dan tamar) bersifat sejuk dan mengandungi banyak air .

      Anas bin Malik menceritakan , " Aku melihat Rasulullah SAW makan tembikai dan tamar ." (Riwayat Tirmizi) . Tembikai dapat mencegah pelbagai jenis penyakit . Ini bertepatan dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir bahawa Rasulullah SAW bersabda , " Makan tembikai sebelum makan makanan berat dapat mencuci perut dan penyakitnya ."


Kebaikan-Kebaikan Buah Tembikai..
  1. Padat Dengan Antioksidan - Sudahlah manis dan berjus , tembikai padat pula dgn antioksidan semula jadi. Tembikai merupakan sumber vitamin C dan vitamin A yang baik serta pekat dgn beta karotena . Antioksidan ini bergerak melalui badan dan meneutralkan radikal bebas . Tembikai yang benar2 masak ranum mempunyai kandungan antioksidan yang banyak . Menurut hasil penyelidikn Universiti Innsbruck , Australia , buah yang masak ranum dan hampir busuk didapati antioksidannya meningkat . Kajian Jabatan Pertanian Amerika Syarikat pula mendapati , jumlah karotenoid di dalam tembikai khasnya likopena dan beta karotena akan meningkat jika buah ini disimpan pd suhu bilik . Hasil kajian ini disiarkan di dalam Jurnal Pertanian dan Kimia Makanan .Radikal bebas ialah bahan di dalam tubuh yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh . Radikal bebas boleh mengoksidakan kolestrol menyebabkan ia melekat di dinding pembuluh darah yang akhirnya membawa kepada serangan jantung dan strok . I juga boleh menyebabkan serangan lelah yang teruk . Radikal bebas juga boleh meningkatkan inflamasi di kalangan penghidap artritis . Selain itu , ia juga boleh merosakkan sel dinding usus dan menukarnya kepada sel kanser . Mujurlah vitamin C dan karotena yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung , kanser usus , asma dan simptom artritis . 
  2. Memelihara Jantung - Likopena , sejenis karotenoid yng padat di dalam tembikai mampu memperbaiki fungsi kardiak . Beta karotena yang terkenal dgn sifat antioksidan dan antipenuaannya amat baik utk kesihatan jantung . Ia juga mencegah masalah kardiak yang berkait dgn penuaan . Serat , vitamin C , karotenoid dan potasium tembikai membantu mengurangkan kolestrol , justeru mampu menyelamatkan jantung . Potasium pula mengurangkan risiko serangan jantung .
  3. Kencing Manis - Penghidap kencing manis sering berlapar kerana mereka tidak boleh mengambil makanan ruji dgn banyak kerana memberi kesan yg buruk lkpd penyakit tersebut . Justeru , tembikai boleh dijadikan alternatif bagi mengenyangkan perut . Sepotong besar tembikai masih rendah kalorinya . Air tembikai yang banyak pula boleh mengatasi rasa lapar . Pelbagai vitamin dan mineral tembikai seperti magnesium dan potasium membantu melaraskn fungsi insulin di dalam tubuh dan merendahkan kandungan gula dalam darah . Selain itu , arginina iaitu satu lagi komponen di dlam tembikai berkesan meningkatkan impak insulin ke atas darah . 
  4. Darah Tinggi - Potasium dan magnesium yang hadir di dalam air tembikai sgt baik bagi menurunkan tekanan darah . Karotenoidnya pula menghalang pengerasan dinding-dinding arteri dan vena (urat darah) , sekali gus membantu mengurangkan tekanan darah .
  5. Memelihara Ginjal - Potasium di dalam tembikai membantu membersihkan mendapan toksik di dalam ginjal (buah pinggang). Ia juga sgt membantu mengurangkan kepekatan asid urik di dalam darah , justeru boleh mengelakkan kerosakan ginjal . Kerana tembikai banyak air , ia menggalakkan kencing yang kerap . Kerap kencing akan membersihkan ginjal . Antioksidan tembikai pula memastikan ginjal sentiasa berkeadaan baik .
  6. Macular Degeneration - Ketika kanak-kanak , lobak merh amat baik utk memelihara kesihatan mata . Apabila dewasa , buah-buahan didapati lebih baik dalm memelihara kesihatan mata berbanding sayur-sayuran . Tiga sajian buah-buahan sehari didapati dapat mengurangkan risiko macular degeneration iaitu penyakit mata yang berkait dgn peningkatan usia (ARMD) . Kajian mendapati , pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dgn vitamin antioksidan seperti vitamin A,C dan E, serta karotenoid dpt mengurangkan kerosakan mata yg teruk seperti hilang penglihatan .



Tembikai + Teh Hijau

    Jika makan tembikai , minumlah sekali teh hijau . Menurut artikel yang diterbitkan di dalam Pacific Journal of Clinical Nutrition , pengambilan secara kerap tembikai dan teh hijau amt membantu mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan kaum lelaki .












Penyimpanan Tembikai

Tembikai yang telah dibelah dan dipotong hendaklah dibalut dengan plastik serta disimpan di dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya . 








Penyimpanan Tembikai

Nutrisi dan kesegaran tembikai dan beberapa jenis buah-buahan lain jika dipotong , dapat dikekalkan sehingga enam hingga sembilan hari jika disimpan did alam peti sejuk . Selepas enam hari , vitamin C tembikai merosot 5 peratus . Tembikai yang belum dibelah hendaklah disimpan pada suhu bilik bagi mendapat karotenoid yang maksimum .









Enaknya.. ♥♥..sedap lagi berkhasiat..ngeh3..!~


Sehingga disini sahaja perkongsian daripada Fatin buat sahabat2 semua..semoga apa yang terdapat dalam entri kali ini memberi manfaat yang banyak buat kalian semua..insyaAllah..^_^ !~


SEMOGA BERJUMPA LAGI DI ENTRI AKAN DATANG..INSYAALLAH !~  ♥

ASSALAMUALAIKUM ♥ !~

2 comments:

  1. thanks sebab berkunjung ke blog 3 dalam 1 ya

    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. rasanya hadis pasal tembikai ni hadis palsu.. o.O

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...