Wednesday 16 May 2012

~ ♥◕ Sukarkah untuk IKHLAS?? ♥◕ ~

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..apa khabar iman kita hari ini?? semoga ianya berada dalam kedaan baik ye..(^_^)..

Untuk entri kali ni..suke sgt Fatin nk kongsi dengan semua..tentang ikhlas . Selama ni..ramai orang hanya tahu berkata " Niat saya ikhlas"..tapi tak mendalami erti kata sebenar apa itu ikhlas..apa sebenarnya ikhlas tu?? mcm ne yg dikatakn ikhlas?? & mcm ne kita nk ikhlas??..

Fatin pn xberapa arif tentang ikhlas ni..tp penuh dgn rse ingin tahu..sbb penting sgt2 dlm kehidupan kita semua..penting utk meraih redha Allah..jom kita bce sme2..

Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi..Fatin nk citer sikit tentang asal perkataan ikhlas..korg tau tak asal perkataan ikhlas??hehe..Fatin pn bru je tau..ermm..perkataan IKHLAS berasal dari perkataan KHALASA @ KHALISAN..yg membawa maksud , bersih , murni , jernih tanpa campuran..dikukuhkan lagi dgn potongan ayat al-quran surah an nahl , ayat 66 yg bermaksud :

" Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu . Kami memberimu minum dari apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah , yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya . "

Ayat diatas bermaksud bahawa Allah memberi minum kamu dengan air susu yang mudah ditelan , sedang ia keluar dari perut binatang , berdekatan dengan tahi dan darah . Tetapi , meskipun keluarnya susu itu diantara tahi dan darah , ia tetap bersih , rasanya lazat dan khasiatnya juga banyak . Apa kaitannya dengan ikhlas?? hmm..susu tu ibarat nilai sebuah ikhlas..sama bersih , sama suci..sebab ikhlas ni tak bersangkut pada perkara lain , bergerak sendiri seiring dengan bermatlamatkan segala amal yang dilakukan hanya kerana Allah..baiklah , untuk lebih memahami..Fatin kemukakan 1 lagi potongan ayat al-quran..dari surah yang sama , surah an nahl , ayat 97 yang membawa maksud :

" Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh , baik laki2 mahupun perempuan dalam keadaan beriman , maka sesungguhnya Kami akan berikan padanya kehidupan yang baik , dan sesungguhnya akan kami berikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan . "

Baiknya Allah..kita buat baik sikit..Allah balas dengan sesuatu yang lebih baik daripada kebaikan yang kita lakukan..tak rugikan kalau kita niatkan ikhlas hanya kerana Allah..Allah kan Maha Pemurah !~

Apa itu IKHLAS?? 

Sebenarnya ikhlas itu rahsia Allah..sehingga malaikat sendiri tidak tahu , apatah lagi kita..manusia..hamba Allah yg lemah..dari segi bahasa , ikhlas bererti bersih , jernih ataupun murni . Manakala disisi lainnya pula , ikhlas membawa maksud..setiap apa yg kita lakukan..niatnya hanya satu iaitu mengharapkan keredhaan Allah . Para sahabat , apabila mendengar tentang ikhlas , mereka akan menangis . Mereka merasakan tidak selamat , kerana mereka merasakan untuk mendpatkan ikhlas itu sangat sukar . Lihatlah wahai sahabat2 semua..sedangkan para sahabat Rasulullah menangis kerana tidak yakin dengan erti sebuah ikhlas dalam amalan mereka , apatah lagi kita?? sudah yakin benarkah kita bahawa setiap amal yg kita kerjakan itu benar2 ikhlas & diterima disisi Allah??

Dari Amirul Mu'minin , Abi Hafs Umar bin Al- Khattab r.a. , dia berkata : " Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya . Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang diniatkan . Siapa yang hijrahnya kerana ( ingin mendapatka keredhaan) Allah dan Rasul-Nya , maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya . Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau wanita yang ingin dinikahinya , maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan . "

Sahabat2 yg dikasihi , sesungguhnya setiap amalan kita itu b'gantung pada niat pd awalnya . Jika kita niat utk dunia semata2 , maka kita akan mendapatkan apa yg kita niatkan . Dan diakhirat kelak Allah tidak akan membalas kebaikannya sekiranya ada "kerana-kerana" selain drpd Allah..Untuk ikhlas sebenarnya amat susah sekali kerana kita sering dikelilingi oleh keduniaan yg melalaikan . Ikhlas akan gugur apabila kita mengungkit kembali kebaikan yg kita lakukn , 

Hakikat ikhlas itu sangat mudah untuk dituturkan . Biarpun adakalanya , hati berkata-kata , ikhlaskah aku?? Tidak dinafikan , membuat amal memang mudah . Namun untuk mengukur setiap amal yang dilakukan samada ikhlas atau tidak itu cukup payah . Sedikit je tergelincir dari niat sebenar , maka akan timbul persoalan , diterimakah amalanku ??

Sahabat2..pernahkah kita tertanya2..adakah amalan kita diterima Allah andai setiap kali kita melakukan kebaikan , kita dipuji tinggi melangit lagaknya yang sedikit sebanyak bakal mencalarkan keikhlasan kita yang hanya pd Allah?? wallahu'alam..hanya Allah yang mengetahuinya . Walaupun kalimah ikhlas senang disebut , tetapi tidak semudah itu untuk dilakukan . Namun ia buknlah pula suatu perkara yang sangat2 berat kerana Islam tidak memerintahkan kita melakukan perkara-perkara yng sangat berat .

Wallahu'alam..setakat ini yg fatin dapat kongsikan..maaf yang tak setimpalnya jika ada kekurangan dalam entri kali ini..dan tegur2lah jika perlu..Fatin sedia menerima teguran...

Sebelum mengakhiri entri kali ini..Fatin nk share juga rujukan2 yang Fatin gne utk wt entri kali ini..semoga dari perkongsian kali ini membawa manfaat untuk kita semua..insyaAllah !~


Dan tak lupe wt sahabat yang sudi berkongsi ilmu..thankz a lot..xyah mentioned la ek..heheh..

Salam ukhwah buat semua..(^_*) !~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...