Friday 23 December 2011

~ Berpegang pada janji VS Memungkiri Janji ~

Salam a'laik sahabat2 semua..entri kali ni Fatin nk kongsi ngan korg semua tntg janji..sebut sal janji..rsenye xperlu la Fatin nk jelaskn pd korg semua secara detail b'coz korg pn tahu kn apa itu janji..Dalam kehidupan kita semua pastinya penuh dgn janji, persoalannya..adakah janji2 yg dibuat ditunaikan sesuai dgn pe yg djnjikn?? Jom baca selanjutnya..

~ Berpegang Pada Janji ~


Janji biasanya dibuat sesama dua belah pihak. Janji juga boleh dituntut oleh rakyat kepada pemimpinnya, seorang ibu kepada anaknya dan seorang isteri kepada suaminya. Berpegang pada janji sgt dituntut dlm kehidupan beragama. Ini antara asas dlm m'bina hubungan yg baik sesama makhluk. Tanpa sifat berpegang pada janji ini, boleh menyebabkan seseorg dikira sebagai org munafik. Kerana itu, ada diungkapkan dlm sebuah hadis yg bermaksud : "Tanda org munafik ada tiga : jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkari, jika diberi amanah dia mengkhianati." (Riwayat al-Bukhari).

Orang yg b'pegang pd janji sesama manusia hakikatnya b'pegang janji pd Allah. Contohnya seseorg yg meminjam duit drpd rakannya b'janji akn b'usaha utk m'bayar hutangnya pd tarikh yg dipersetujui bersama. Org yg b'iman akn menunaikan janjinya & b'usaha utk melangsaikan hutang tersebut pd masa yg ditetapkn. Dia merasakan apabila b'janji dgn manusia, Allah lah yg paling layak sebagai saksi & penjamin. Dia yakin, dia tidak boleh lari drpd pengawasan Allah s.w.t. atas segala janjinya.

Sebaik2 prkara adalah bersederhana. Kerana itu, bersederhanalah dlm b'janji. Jgn b'janji andai utk memungkiri. Sebaiknya b'usaha m'bina persaudaraan yg islamik dgn cara b'pegang pd janji. Perlu diingt, lembu biasanya b'pegang pd tali, tetapi manusia berpegang pd janji. Adakah sudah dilunasi & dijaga rapi??
Fikir2kanlah..

~ Memungkiri Janji ~

Kita biasa melihat dan mndgr bnyk kisah tntg bahana melanggar janji. Baik kisah dahulu mahupun kisah zaman skrg. Mereka bukan shj tidak disukai Allah bahkan dipandang buruk disisi manusia. Biasanya sifat mazmumah ini bermula drpd sekecil2 perkara. Kemudian melarat bahkan perkara buruk itu dianggap biasa.

Contohnya kisah Qarun, yg asalnya seorg miskin yg kuat beribadah. Meskipun miskin, Qarun terkenal dgn sifat dermawan & baik akhlaknya sesama makhluk. Qarun berdoa supaya hidupnya diberi kemudahan supaya lebih mudah utk m'beri sedekah. Walau bagaimanapun, Qarun lupa diri pd janjinya (janji pd Allah & sesama muslim). Dia bukan shj tidak bersedekah malah melupakan Allah sebgai pemberi rezeki. Pengakhiran hidupnya, dia ditimbus ke dlm bumi bersama hartanya.

Allah mengingatkan kita dlm b'hubungan sesama manusia seperti dlm firman-Nya yg bermaksud : "Dan berbuat baiklah (kpd org lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu & jgnlah kamu berbuat kerosakandi muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai org yg berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas 28:77). Allah berfirman lg yg bermaksud : "Dan penuhi (sempurnakanlah) perjanjian (dgn Allah & manusia) sesungguhnya perjanjian itu akn dipertanggungjawabkan." (Surah al-Isra' 17:34)

~ Tip Menjauhi Sikap Memungkiri Janji ~

1. Yakin bhwa Allah & para malaikat-Nya sentiasa mengawasi manusia tanpa leka walaupun sesaat, kerana itu kita harus berhati2 dlm menabur janji.

2. Mengucapkan "InsyaAllah" atas setiap janji yg dibuat & berazam utk menunaikan janji tersebut semampu yg boleh.

3. Berniat dgn ikhlas utk melaksanakan janji tersebut dgn sempurna sepertimana kita mahu org lain ikhlas berjanji & melaksanakannya sebaik mungkin terhadap kita.

Renung-renungkan..
Dan selamat beramal ya sahabat semua..
Masaul Khair...assalamua'laikum...

Sumber:: >>>Majalah Solusi<<<





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...