Salam aidilfitri buat semua pengunjung blog Fatin , apa khabar sahabat2 ? Fatin doakan moga sahabat2 sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat . Seronoknye raya ye..mesti ramai yang masih berada di kampung halaman meraikan hari raya bersama keluarga . Fatin je la yang sedang 'berkhalwat' sorang2 kt umh ni ekoran cuti yang sangat singkat dan perlu menjalankan tugas pada raya ke-empat..huhu..bestnye korang cuti panjang ye..nk juga..huhu..
Tak pela..hehe..kerana tanggungjawab dan tuntutan kerja , diturutkan jugalah walaupun berat rasa nak buat..Sempena aidilfitri ini , Fatin suka sangat nak buat satu lagi entri related dengan syawal iaitu puasa enam dalam bulan syawal . Ada tak yang dah mula berpuasa ?? kalau dah mula alhamdulillah..kalau yang belum tu..bila lagi??
Daripada Abu Ayub , Rasulullah bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan , diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal , dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun . " ( Hadis riwayat Muslim )
Hukum
Terdapat beberapa hadis yang sahih berkaitan dengan puasa di bulan syawal . Antaranya :
1. Sabda Nabi s.a.w. : " Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti enam hari pada bulan Syawal , dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun . " ( Riwayat Muslim )
2. " Sesiapa yang puasa Ramadhan , satu bulan ganjarannya sepuluh bulan . Dan dia berpuasa enam hari daripada bulan Syawal , dengan itu genaplah (pahala) satu tahun . " ( Riwayat Sa'id bin Mansur )
Berdasarkan hadis-hadis di atas , ulama berpendapat puasa enam hari daripada bulan Syawal adalah sunat dan digalakkan . Imam An Nawawi berkata : " Ashab kita ( fuqaha mazhab kita ) berpendapat bahawa disunatkan puasa enam hari daripada bulan Syawal berdasarkan hadis-hadis di atas . Tidak ada perselisihan di kalangan kami . Begitu juga pendapat Ahmad dan Daud .
Cara Melaksanakan Puasa Enam
Ulama yang berpendapat sunat puasa enam hari daripada Syawal berbeza pendapat dari segi cara pelaksanaan yang paling baik dan afdal .
1. As-Syafi'i dan mereka yang sealiran dengannya berpendapat digalakkan puasa pada awal bulan , selepas hari raya dan dilakukan dengan cara berturut-turut .
2. Tidak ada perbezaan sama ada dilakukan dengan berturut-turut atau tidak di sepanjang bulan itu . Ini merupakan pendapat Waki' ( guru Imam as-Syafi'i ) dan Ahmad .
3. Tidak digalakkan puasa terus selepas hari raya , kerana ia merupakan hari makan dan minum . Sebaliknya hendaklah berpuasa beberapa hari selepas itu
Walau bagaimanapun tiada dalil sahih yang menyokong salah satu pendapat di atas . Maka dapat disimpulkan bahawa ia terbuka kepada setiap individu mengikut kelapangan masing-masing sepanjang bulan Syawal , sama ada hendak dilakukan di awal bulan atau di akhirnya , secara berturut-turut atau berselang-seli . Namun amal yang baik , jika disegerakan tentulah lebih baik dan afdal jika dibandingkan dengan melewat-lewatkannya tanpa keuzuran .
Antara Qadha Puasa Ramadhan dan Puasa Enam
Ada yang berpendapat , bagi mereka yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana keuzuran yang dibenarkan syarak , diharuskan bagi mereka mengerjakan puasa enam Syawal terlebih dahulu sekalipun mereka masih mempunyai puasa qadha Ramadhan .
Perkara ini mungkin disebabkan kerana mereka berada di akhir Syawal dan dikhuatiri tidak sempat menghabiskan puasa enam Syawal . Walau bagaimanapun , mengutamakan puasa qadha Ramadhan adalah lebih baik jika mereka mempunyai waktu yang cukup untuk menghabiskan puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal .
Sampai disini sahaja perkongsian untuk entri kali ini..diharap jika ada salah dimana2 , sila2 lah menegur ye..Fatin sudi menerima teguran2 yang membawa kebaikan..InsyaAllah...Sehingga bertemu lagi di entri yang akan datang .
Rujukan..
Semoga entri kali ini bermanfaat buat semua . Salam ukhwahfillah !~ (*_^)
No comments:
Post a Comment