Wednesday 16 May 2012

~ ♥◕ Sukarkah untuk IKHLAS?? ♥◕ ~

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..apa khabar iman kita hari ini?? semoga ianya berada dalam kedaan baik ye..(^_^)..

Untuk entri kali ni..suke sgt Fatin nk kongsi dengan semua..tentang ikhlas . Selama ni..ramai orang hanya tahu berkata " Niat saya ikhlas"..tapi tak mendalami erti kata sebenar apa itu ikhlas..apa sebenarnya ikhlas tu?? mcm ne yg dikatakn ikhlas?? & mcm ne kita nk ikhlas??..

Fatin pn xberapa arif tentang ikhlas ni..tp penuh dgn rse ingin tahu..sbb penting sgt2 dlm kehidupan kita semua..penting utk meraih redha Allah..jom kita bce sme2..

Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi..Fatin nk citer sikit tentang asal perkataan ikhlas..korg tau tak asal perkataan ikhlas??hehe..Fatin pn bru je tau..ermm..perkataan IKHLAS berasal dari perkataan KHALASA @ KHALISAN..yg membawa maksud , bersih , murni , jernih tanpa campuran..dikukuhkan lagi dgn potongan ayat al-quran surah an nahl , ayat 66 yg bermaksud :

" Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu . Kami memberimu minum dari apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah , yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya . "

Ayat diatas bermaksud bahawa Allah memberi minum kamu dengan air susu yang mudah ditelan , sedang ia keluar dari perut binatang , berdekatan dengan tahi dan darah . Tetapi , meskipun keluarnya susu itu diantara tahi dan darah , ia tetap bersih , rasanya lazat dan khasiatnya juga banyak . Apa kaitannya dengan ikhlas?? hmm..susu tu ibarat nilai sebuah ikhlas..sama bersih , sama suci..sebab ikhlas ni tak bersangkut pada perkara lain , bergerak sendiri seiring dengan bermatlamatkan segala amal yang dilakukan hanya kerana Allah..baiklah , untuk lebih memahami..Fatin kemukakan 1 lagi potongan ayat al-quran..dari surah yang sama , surah an nahl , ayat 97 yang membawa maksud :

" Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh , baik laki2 mahupun perempuan dalam keadaan beriman , maka sesungguhnya Kami akan berikan padanya kehidupan yang baik , dan sesungguhnya akan kami berikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan . "

Baiknya Allah..kita buat baik sikit..Allah balas dengan sesuatu yang lebih baik daripada kebaikan yang kita lakukan..tak rugikan kalau kita niatkan ikhlas hanya kerana Allah..Allah kan Maha Pemurah !~

Apa itu IKHLAS?? 

Sebenarnya ikhlas itu rahsia Allah..sehingga malaikat sendiri tidak tahu , apatah lagi kita..manusia..hamba Allah yg lemah..dari segi bahasa , ikhlas bererti bersih , jernih ataupun murni . Manakala disisi lainnya pula , ikhlas membawa maksud..setiap apa yg kita lakukan..niatnya hanya satu iaitu mengharapkan keredhaan Allah . Para sahabat , apabila mendengar tentang ikhlas , mereka akan menangis . Mereka merasakan tidak selamat , kerana mereka merasakan untuk mendpatkan ikhlas itu sangat sukar . Lihatlah wahai sahabat2 semua..sedangkan para sahabat Rasulullah menangis kerana tidak yakin dengan erti sebuah ikhlas dalam amalan mereka , apatah lagi kita?? sudah yakin benarkah kita bahawa setiap amal yg kita kerjakan itu benar2 ikhlas & diterima disisi Allah??

Dari Amirul Mu'minin , Abi Hafs Umar bin Al- Khattab r.a. , dia berkata : " Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya . Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang diniatkan . Siapa yang hijrahnya kerana ( ingin mendapatka keredhaan) Allah dan Rasul-Nya , maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya . Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau wanita yang ingin dinikahinya , maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan . "

Sahabat2 yg dikasihi , sesungguhnya setiap amalan kita itu b'gantung pada niat pd awalnya . Jika kita niat utk dunia semata2 , maka kita akan mendapatkan apa yg kita niatkan . Dan diakhirat kelak Allah tidak akan membalas kebaikannya sekiranya ada "kerana-kerana" selain drpd Allah..Untuk ikhlas sebenarnya amat susah sekali kerana kita sering dikelilingi oleh keduniaan yg melalaikan . Ikhlas akan gugur apabila kita mengungkit kembali kebaikan yg kita lakukn , 

Hakikat ikhlas itu sangat mudah untuk dituturkan . Biarpun adakalanya , hati berkata-kata , ikhlaskah aku?? Tidak dinafikan , membuat amal memang mudah . Namun untuk mengukur setiap amal yang dilakukan samada ikhlas atau tidak itu cukup payah . Sedikit je tergelincir dari niat sebenar , maka akan timbul persoalan , diterimakah amalanku ??

Sahabat2..pernahkah kita tertanya2..adakah amalan kita diterima Allah andai setiap kali kita melakukan kebaikan , kita dipuji tinggi melangit lagaknya yang sedikit sebanyak bakal mencalarkan keikhlasan kita yang hanya pd Allah?? wallahu'alam..hanya Allah yang mengetahuinya . Walaupun kalimah ikhlas senang disebut , tetapi tidak semudah itu untuk dilakukan . Namun ia buknlah pula suatu perkara yang sangat2 berat kerana Islam tidak memerintahkan kita melakukan perkara-perkara yng sangat berat .

Wallahu'alam..setakat ini yg fatin dapat kongsikan..maaf yang tak setimpalnya jika ada kekurangan dalam entri kali ini..dan tegur2lah jika perlu..Fatin sedia menerima teguran...

Sebelum mengakhiri entri kali ini..Fatin nk share juga rujukan2 yang Fatin gne utk wt entri kali ini..semoga dari perkongsian kali ini membawa manfaat untuk kita semua..insyaAllah !~


Dan tak lupe wt sahabat yang sudi berkongsi ilmu..thankz a lot..xyah mentioned la ek..heheh..

Salam ukhwah buat semua..(^_*) !~



Wednesday 9 May 2012

♥♥ 13 Rahsia Cinta Lebih Indah ♥♥

Salam ukhuwah wt semua pembace2 blogger yg sudi membace entri di blog Fatin nie...ari ni Fatin nk kongsi ngan korg tentang 13 rhsia cinta jd lebih indah...

Dalam p'cintaan, t'dpt beberapa perkara yg perlu di beri perhatian tetapi sering di abaikan. B'cinta sebenarnya bukan pasport utk kamu di fahami tetapi utk kamu memahami. Ia juga bkn pasport utk kamu mengambil itu dn ini tetapi utk kamu di ambil. B'cinta memerlukan kamu utk b'korban & b'tolak ansur, bkn utk kamu meminta itu & ini. Ia bkn juga b'makna kamu b'kira-kira @ mengukur tetapi utk kamu mencintai.

Sahabat-sahabat semua..

Bg mengukuhkan kepercayaan kamu pd cinta, perlu kamu memahami satu-persatu prinsip cinta & ulasan terhadap prinsip tersebut. Mgkin dgn cara ini dpt membuka mata kamu luas2 betapa indahnya cinta ini & sebaiknya rebutlah cinta yg ada.

13 Rahsia Cinta Lebih Indah ♥ ♥

1. Jika seseorg hadir dlm hidup kamu & mnjd sebahagian drpd kamu, tetapi ats sebab tertentu dia terpksa pergi, jgn terlalu sedih..terimalah kenyataan itu & sekurg2nya dia pernah membahagiakan kamu. (hmm..ini pernh Fatin alami..tp taubat x wt dah coz x b'faedah..memusnahkn dri sndri lg de la) .
Ulasannya :: Masa akn menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kamu, maka suatu ari nti pasti dia akan kembali.

2. Jgn melarikan dri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jgn melarikan dri drpdnya kerana suatu ari nti pasti kamu akn teringatkannya kembali & menyesali perbuatanmu itu. ( yg ni pn pernah di alami..selalu..ahaks..).
Ulasannya :: Hargai org yg menyayangi kamu, bkn mudah utk mncari org yg menyayangi kita, & yg paling berharga ialah hti yg ikhlas.

3. Penyesalan terbesar dlm hidup ialah risiko yg kita tidak ambil. Jika kamu merasakan sesuatu itu akn membuatkan kamu bahagia, maka teruskanlah. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lg peluang kedua. ( haiyo...beratnya ase nk mngambil risiko..pe lak jd klu trus mngambil risiko kan?..still akn mndptkan kbhagiaan..yakin la bahawa bahagia itu de di mana2..Allah Maha Besar..Maha Mengetahui segalanya yg terbaik utk kita..cewah!).
Ulasannya :: Masa tidak menunggu kita. Jika kamu rasakan telah bertemu dgn org yg sesuai, maka hargailah dia, jgn biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jgn bertangguh krn takut. Cubalah dahulu @ kamu akn mnyesal krn membiarkan dia berlalu begitu shja.

4. Tiada sesiapa yg tahu apakh yg boleh membuatkan kamu benar2 bhagia. Ada 2 titis air mata mngalir di sebuah sungai. Satu air mata itu adlh air mata seorg gadis yg mnyayangi seorg lelaki tetapi telah kehilngannya. & satu lg adlh air mata seorg lelaki yg mnyesal membiarkan seorg gadis yg mnyayanginya berlalu begitu shaja. ( hmm..beringatlah wahai kawan2, sebelum terkena..hargailah org yg mnyayangi kita).
Ulasannya :: Tiada sesiapa pun yg simpati kpd org yg sengaja membiarkan peluang pergi begitu shja tnpa berusaha utk mndptknnya @ mempertahankannya. Kita selalunya x m'hrgai seseorg yg hampir @ mnyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akn sedih & mnyesal mengingatkannya.

5. T'dpt bnyak bintang di langit, hanya satu shja yg begitu mnyerlah sehingga dpt menarik perhatian kamu. Dari kalangan yg kamu pilih utk abaikan ialah sebutir bintang yg sanggup menyinari kamu walaupun di mana shja kamu berada. (ia benar..satu shja yg mnyerlah & ketika sudh mndptknnya, dia di abaikan sdgkan dia sgt mnyayangi & sanggup mmberi kbhagiaan biarpun dia menangis sndrian).
Ulasannya :: Org yg bersama kamu ketika ini mgkin bknlah org yg benar2 kamu syngi. Tetapi ada org yg dia x dpt bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya..fikirkanlah.

6. Lawaknya bila kita meletakkan tahap utk org yg bkal kita syngi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yg org yg kita syngi itu terkecuali drpd tahap itu. ( hahaha..igt! jgn meletakkan tahap @ taraf org utk disyngi krn kelak kamu akn mnyesal x memilih yg di luar tahap @ taraf yg kamu tetapkan..terimalah seadanya dia).
Ulasannya :: Kita amat kritikal terutamanya kpd org yg kita sukai @ syngi krn kita mahukn yg terbaik utk dri kita. Tetapi sbnrnya kesempurnaan & hubungan terbaik dpt di capai dgn berusaha bersama. Ia bknlah terletak kpd satu individu shja.

7. Cinta itu mmbuatkn kamu gembira walaupun ia sering melukakn. Cinta itu istimewa jika ia di berikn kpd org yg bertuah & benar2 layak utk menerimanya. ( sekalipun sering terluka krn cinta..tp krn syg..luka itu luka kbhagiaan..sehingga mampu tersenyum & sering memaafkan..huahua..dasyatnya...).
Ulasannya :: Jika kamu bertemu seseorg yg benar2 menghargai kamu, maka dia berhak mendapat kasih kamu.

8. Menyayangi & mncintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturnnya, Kemudian,lupakn peraturnnya & main ikut hati. (mle2 taktik memikat hebat belaka..dh dpt, xde da cntrol2..coz msing2 mersakn cinta satu sama lain..dlm hati..(^_^) ).
Ulasannya :: Kepercayaan terhdap psngan adlh amat penting. Utk mempercayai seseorg yg kamu syg & cintai, kamu mestilh membuat dia mempercayai kamu dahulu, Yakin terhdap dri sndri & psngan kamu. Jgn buat mereka ragu2 terhdap kamu & jgn ragu2 terhdap mereka.

9. Apa kata seseorg memberitahu kamu ini " Saya tidak percya dgn courtship ( mendptkan perhatian bg memenangi hati seseorg). Ia cuma membuang masa shja. Jika sya mncintai seseorg, maka sya akn meluahkn isi hati sy kpdnya. Tetapi, ada pula pengecualian bg kamu, jika kamu mncintai saya, saya akn court ( sentiasa cuba memenangi ) kamu selamanya.."
Ulasannya :: Cinta itu memerlukn masa utk disedari kehadirnnya. Terdpt cinta pndg pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bg pihak satu lg utk menyedarinya.

10. Merinduinya apabila dia tiada disisi, mengharapkn berita drpdnya apabila berjauhan. Adlh lebih baik utk berani mencintai walaupun akhirnya kamu kecewa drpd tidak mahu mencintai krn takut risiko @ cabarn yg bakal mendtg. (risiko & cabaran de di mane2 shj..xperlu tkut utk b'hdpan dgn cabaran..krn itulh yg akn mematangkan kita ).
Ulasannya :: Jgn berputus asa apabila terdapat saingan dlm percintaan. Adlh lbih baik utk kamu mencubanya terlebih dahulu krn jika kamu berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi jika kamu tidak mahu & berani mencubanya, kamu mungkin akn kehilngan org yg di syngi & cintai selamanya.

11. Kamu x pernah kalah serta kecewa dlm mencintai & menyayangi. Kamu cuma kalah  jika kamu bertangguh. ( jgn bertangguh utk mndptkn sesuatu ).
Ulasannya :: Jgn takut utk meluahkan isi hati kamu kpd org yg di syngi & dicintai. Beritahunya & biarkn dia membuatkn keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yg paling indah dlm hidup ialh memberitahu kpd org yg kmu syg betapa penting & istimewanya dia dlm hidup kamu. Dgn itu, kamu akn rasa lebih yakin & puas. & kamu akn rasa bangga pd dri krn telah menunaikan tanggungjawab terhdap perasaan hati.

12. Salah satu cabaran yg paling sukar dlm hidup adlh mncri org yg tahu segala kelemahan & kekurangan dri kmu. tetapi masih sanggup menyayangi kamu dgn sepenuh hatinya. ( belum jumpa lg..de ke? Ya Allah ! temukanlah hamba-Mu ini dgn org seperti ini ).
Ulasannya :: Cinta itu adlh berasaskn tolak ansur & pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan & kekurangan kamu & masih sanggup bersama kamu & lebih menyayangi kamu, maka kamu adlh org yg paling bertuah ! Dia layak mndpt cintamu selama-lamanya.

13. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta utk dipenuhi oleh jari2 org lain. ( tautkanlah rasa cinta itu dgn ikatan yg sah & direstui oleh Allah !).
Ulasannya :: Bukalah pintu hati kamu, benarkn org yg menyayangi kamu masuk, jgn ragu2 dgn tujuan mereka krn keikhlasan itu dpt di rasai dlm hati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...