Saturday, 3 March 2012

~ Makan Mengikut Cara Makan Rasulullah ~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..wahai sahabat2 sekalin..sudah lama juga ye kita tak bertemu dlm dunia blogger ni ye..& sudah lama juga Fatin tak wt entri..hehe..alhamdulillah..entri kali ni adalah berkenaan dgn cara makan Rasulullah S.A.W. , jom baca sama2..

Sahabat yang dikasihi sekalian ,

Makan adalah rutin harian kita benar ? Tapi adakah cara pemakanan yang kita selalu buat itu baik untuk kesihatan kita ? Cara terbaik dalam pengambilan makanan adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Bagaimana cara Rasulullah S.A.W. makan ? Sape tahu angkat tangan..heheh...pelbagai cara Rsulullah S.A.W. guna untuk makan mengikut masa yakni sebelum, semasa, & juga selepas makan . Setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. itu sunnah bukan ? ini kerana , Rasulullah S.A.W. sentiasa menunjukkan cara terbaik dalam melakukan sesuatu dalam kehidupan ( eh , ada kaitan ke?? heheh..adela ckit kot, asif2..melalut sekejap..heheh ) Baiklah sahabat sekalian, ayuh kita baca lagi..

Sahabat sekalian, tahukah bahawa dalam pengambilan makanan juga ada prinsip..apakah prinsip itu ?? mari kita lihat sama2.

1. Hanya makan makanan yang HALAL ( yang dibenarkan mengikut syariat ) & THAYYIB ( baik gizi & kandungannya ) .

2. Jangan makan hingga terlalu kenyang . ( Maksudnya, berhenti sebelum kenyang . ini kerana untuk mengelak kita drpd sifat malas..apabila perut penuh, badan pun jadi malas nak meneruskan pekerjaan, jadi sahabat2 sekalian, bersamalah kita elakkan makan smpai terlalu kenyang..) 


3. Jangan makan lagi setelah kenyang yakni tunggu sehingga lapar semula baru makan semula..( heheh..ade sape2 tak yang kerjanya makan je 24jam..igt sahabat2, makan utk hidup..bukan hidup utk mkan ye..) .


4. Jangan makan melebihi sepertiga perut . ( perut bukan utk isi makan shja ye..tetapi utk air & juga udra..kalu makan lebih2 sampai penuh perut tak termasuk minum air & hirup udara..itu yang boleh menyebabkan sakit perut tu...heheh ) .


Sahabat2 sekalian , mari kita teruskan dengan tatacara bagaimana Rasulullah S.A.W. makan ...

1. Cuci tangan sebelum makan , kalau pakai sudu & garfu , basuh dahulu & pastikan peralatan yang digunakan utk makan itu bersih supaya bebas drpd bakteria .

2. Baca doa sebelum makan..ingat tak doa makan nak baca macam mane?? macam ni..

" "Allahumma baarik llana fiima razaqtanaa waqinaa 'azabbannar" , bermaksud ' segala puji  bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepada kami & menunjuki kami "

3. Duduklah dengan baik, tegap & tidak bersandar , agar makanan turun dengan sempurna .

4. Makan dengan menggunakan tangan kanan .

5. Bersederhana & tidak berlebih2 ketika makan .

6.  Mulailah makan dengan hidangan yang terdekat dengan kita .

7. Jangan memenuhi mulut dengan makanan yang sangat banyak .

8. Jangan banyak bicara ketika makan .

9. Seelok2nya , makanlah bersama-sama dengan sahabat2 yang lain & tidak bersendirian .

10. Ketika mengambil makanan , ambillah sekadar yang mencukupi , jangan mengambil terlalu banyak kerana dikhuatiri tidak habis & boleh dikategorikan dalam kategori membazir . Jangan mengembalikan makanan yang tersisa di tangan ke tempat makanan .

11. Digalakkan membersihkan sisa2 makanan di jari-jari dengan mulut yakni menjilat sehingga bersih . Sunnah kan..

12. Seusai menjamah makanan, ucaplah " Alhamdulillah " , bersyukur atas nikmat kelazatan makanan yang Allah kurniakan . Dan jangan lupa baca doa sesudah makan..

" 'Alhamdulillahhillazi ath'amana wa saqana fa arwana wa kullul ihsan ataana' , maksudnya , 'segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepada kami & menunjuki kami & segala puji bagi Allah yang telah memberi makan & minum kepada kami sehingga kami puas & segala kebaikan yang telah datang kepada kami .' "

13. Akhir sekali , cuci tangan sehingga bersih & jangan lupa pula utk membersihkan peralatan2 yang digunakan utk makan tadi .

Sahabat2 yang dikasihi , sebelum Fatin mengakhiri entri kali ini , Fatin nak kongsi juga beberapa kebiasaan Rasulullah S.A.W. yang wajar dijadikan ikutan ..

1. Setelah subuh , Rasulullah minum air yang dicampurkan dengan madu .
2. Ketika masuk waktu Dhuha , Rasulullah makan 7 butir kurma .
3. Pada waktu petang Rasulullah makan roti .
4. Menu utama makan malam Rasulullah adalah sayur-sayuran .
5. Jika sedang berpuasa , Rasulullah berbuka dengan segelas susu & kurma .
6. Tidak makan makanan panas & sejuk dalam satu masa.
7. Tidak makan ikan & daging dalam satu wktu .
8. Jangan terus tidur selepas makan .

Perkongsian terakhir utk entri kali ini adalah..beberapa jenis makanan kesukaan Rasulullah S.A.W.

1. TSARID iaitu campuran roti & daging dgn kuah air masak ( seperti bubur ayam )
2. Buah YATHQIN atau labu manis .
3. Anggur .

Sekian sahaja perkongsian utk entri kali ini . Diharap entri Fatin kali ini dpt memberi manfaat kepada kita semua . InsyaAllah !~ Dan tak lupa juga pesanan utk semua pembaca entri blog Fatin , jika ada kesalahan & kesilapan di setiap entri2 Fatin , sudilah kiranya ditegur..Fatin sudi mendengar nasihat & teguran drpd kalian yang baik2.


TERIMA KASIH BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG SUDI MEMBACA ENTRI DI BLOG FATIN , SYUKRAN JAZILAN YA SEMUA !~ 

SAYANG KAMU SEMUA 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...