Salam wt sume kawan2 yg Fatin kasihi..ari ni Fatin nk kongsi tentang cinta hehe..bg yg tgh hangat bercinta or yg ske menghayati erti cinta..sudi-sudikanlah bce entri blog Fatin kali nie ye..hehe..x rugi pn klu korg bce...
Indahnya cinta bila kita mampu merasakan kebahagiaan apabila bercinta..tp sbaliknya pula jika cinta yg kita beri di khianati oleh org yg paling kita cintai..di sini Fatin senaraikan peringatan dalm bercinta utk kalian semua..eh eh...utk Fatin juga..hee...(^_^)..
10 PERINGATAN UNTUK PASANGAN BERCINTA
1. Jangan sesekali kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan "si dia".
2. Bercintalah kamu dengannya sekadar sahaja . Kelak mungkin "si dia" bukan jodoh untukmu .
3. Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu sah menjadi milik "si dia" .
4 . Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya .
5 . Kebahagiaan yang kamu lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kamu diijabkabulkan .
6 . Jikalau kamu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka kamulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu .
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar tahu apa yang kamu perlu tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut bakal membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan menarik kebahagiaanmu.
Renungan bersama..
Renung-renungkanlah dan selamat beramal..hee..(^_^)
Jom bercinta smpai ke SYURGA!!!..
credit to adibahnabilah
No comments:
Post a Comment