Saturday, 4 June 2011

Artikel Ramalan Hari Kiamat Oleh Org2 Barat

Pengenalan

     Kita digemparkan dgn ramalan kiamat pd tahun 2012, mengikut kalendar Mayan, mrka menggambarkan kemusnahan dunia pd tahun yg sama. Tetapi mengapa kita perlu resah dgn segala propaganda Barat ini ?

Ramalan Demi Ramalan

     Kegelisahan ini mula timbul setelah ramalan ini digembar-gemburkan oleh pihak Barat. Situasi menjadi lebih tegang apabila kehadiran filem '2012' yg menunujukkan saat kehancuran segenap pelosok dunia. Persoalannya, benarkah kiamat akan tiba pd 21/12/2012 ?

Kiamat 2012 ?

     Mengikut ramalan tersebut, tarikh 21/12/2012 akan jatuh pd pertengahan bulan Ramadhan dan hari Jumaat. Maka di sini dilihat betapa kononnya kiamat akan menjelang pd tarikh tersebut. Seberapa pastikah kita terhadap ramalan itu ? Secara teknikalnya, seakan ada kebenaran yg terselit, namun secara hakikatnya sebagai Muslim kita harus kembali kpd fitrah.

Menginsafi Diri Dgn Tanda2 Kiamat

     Secara harfiahnya, sebagai Muslim yg bertunjangkan akidah Islam, beriman pd Hari Kiamat merupakan Rukun Iman yg wajib kita imani. Tidak dpt kita sangkal lg tanda2 hari kiamat sudah terlalu banyak muncul.

  1. Perempuan lebih ramai berbanding lelaki.
  2. Peperangan demi peperangan berlaku.
  3. Ahli ibadat yg jahil dan ulama yg fasiq.
  4. Masa menjadi singkat.
  5. Munculnya galian2 bumi.
  6. Ulama tidak dipedulikan.
  7. Perempuan berpakaian tetapi telanjang.
  8. Banyak bangunan pencakar langit.
  9. Gempa bumi yg kerap.
  10. Gerhana.
     Sebenarnya masih banyak lg tanda2 besar dan kecil akhir zaman yg tidak mampu disenaraikan krn kemunculannya yg terlalu ketara dan umat Islam sendiri sudah mampu untuk menilai keadaan dunia pd masa kini.

     Tidak akan ada sesuatu yg akan kekal selama-lamanya kecuali Allah. Kita meyakini akan wujudnya hari pembalasan, iaitu Hari Kiamat. Hari Kiamat itu pasti dan akan terjadi. Maka, segala tribulasi tentang persoalan 2012 itu harus diimbang secara hati2 krn sesungguhnya itu bakal menggugat akidah Muslim.

Taktik Barat

     Barat mengetahui bahawa mrka tidak boleh beroleh kemenangan jika menggempur umat Islam dgn senjata. Lalu, jarum halus ditusuk pd pemikiran melalui ideologi karut-marut yg di bawa seperti liberalisme yg mengaplikasikan hukum agama secara membuta tuli.

     2012 adlh strategi Barat untuk mencetuskan global panik dlm diri manusia, khususnya umat Islam. Setelah dipadatkan minda dgn kehadiran filem'2012' yg ditayangkan di seluruh pawagam dunia, kegelisahan dan kebimbangan warga dunia menular tentang penghujung dunia. Maka secara tidak langsung, kebergantungan pd Allah terhakis hari demi hari krn terlalu mempercayai akan ramalan tersebut.

     Di sini jelas menunjukkan peribadi Muslim itu dicemari secara tidak kita sedari. Tidak hairan jika ramai manusia mengagungkan 'kuasa' penentuan yg ada pd manusia berbanding Allah yg sememangnya berkuasa menentukan segala apa yg  berlaku di dunia. Apabila hilangnya kebergantungan pd Allah, maka akidah Muslim pincang, retaklah kekuatan iman, maka runtuhlah kegemilangan Islam. Barat amat takut umat Islam bersatu hati dlm perjuangan seakidah, jadi mrka menyalurkan ideologi tersebut agar perpecahan dpt berlaku.

     Contoh paling mudah, antara cabang lain dlm liberalisme adlh hedonisme. Hedonisme adlh budaya mengagungkan hiburan secara melampau. Secara telusnya kita melihat betapa hebatnya rancangan realiti televisyen yg menyebabkan hampir semua lapisan masyarakat menghabiskan waktu dgn duduk di hadapan televisyen. Bukan itu sahaja, mrka malah berbincang dan berbicara pula tentang si polan dan si polan itu. Di sini kebobrokan yg melanda secara sulit telah menyebabkan kebejatan akidah umat Islam begitu ketara. Kita mungkin terlepas pandang isu sebegini dan menganggap ianya fenomena sementara, tetapi sebenarnya kesannya berpanjangan.

2012 Dan Kesudahannya

     Diberi analogi mudah-jika setiap manusia sudah mengetahui bilakah malaikat Izrail akan datang mencabut nyawa, pasti diri akan bersiap sedia dgn amal ibadat yg banyak dan tidak terhitungkan. Lalu jika benarlah ternyata 2012 ini merupakan pengakhiran kpd kehidupan di dunia, kita tidak punya kuasa untuk menghalang dan mungkin ianya adlh suatu kebetulan. Begitu juga sebaliknya, jika ternyata tiada terjadi apapun pd tarikh tersebut, maka itu semua sememangnya di bawah kekuasaan Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...